TUNTUTAN CAGARAN BELUM DITUNTUT MELEBIHI 10 TAHUN 

Dimaklumkan bahawa RM14 juta cagaran telah melebihi 10 tahun belum dituntut oleh pembayar deposit atau cagaran wujud di dalam akaun Majlis.

Untuk tujuan bayaran balik, pembayar deposit dipohon supaya menyemak senarai cagaran yang dilampirkan bagi melihat sekiranya terdapat cagaran yang telah dibayar kepada Majlis yang masih belum dituntut sehingga kini.

Sekiranya nama tuan/puan atau nama syarikat terdapat di dalam senarai, maka tuan/puan boleh mengemukakan tuntutan bayaran balik deposit tersebut tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :-

1.
Pendeposit/pembayar cagaran perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :-
    i.   Surat permohonan pengembalian cagaran.  Bagi permohonan pengembalian cagaran atas nama syarikat    sila nyatakan nama bank dan no akaun bank.
    ii.   Salinan asal resit cagaran yang berwarna merah jambu (pink) yang masih ada dalam simpanan tuan/puan
    iii.  Salinan kad pengenalan bagi penama individu.

2.

Sekiranya pendeposit/pembayar cagaran tidak mempunyai salinan asal resit cagaran yang berwarna merah    jambu (pink) tuan/puan perlu mengemukakan surat akaun sumpah yang menyatakan bahawa resit cagaran asal telah hilang.

3.

 Semua dokumen seperti di atas perlu dikemukakan kepada jabatan dimana cagaran di bayar sebelum ini atau berhubung terus dengan Jabatan Perbendaharaan, Tingkat Bawah Ibupejabat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Puan Zurina, Puan Norlita dan Puan Norizah di talian 03-7956 3544 sambungan 109/102

 Jabatan Perbendaharaan

Tarikh : 1 Mei 2010

Senarai di bawah merupakan senarai cagaran belum dituntut melebihi 10 tahun.  Senarai yang disediakan adalah dalam format pdf, sila muat turun perisian tersebut secara percuma di sini sekiranya pc anda tidak dipasang dengan perisian tersebut. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai proses carta alir dan semakan tuntutan.

Untuk memuat turun senarai, right-click pada link dan pilih 'save target as' bagi pengguna Internet Explorer atau 'save link as' bagi pengguna Mozilla Firefox.

SENARAI CAGARAN
Cagaran Tahun 1993
Cagaran Tahun 1994
Cagaran Tahun 1995
Cagaran Tahun 1996
Cagaran Tahun 1997
Cagaran Tahun 1998
Cagaran Tahun 1999

Panduan kod akaun deposit yang digunakan ialah :

KOD AKAUN DEPOSIT PENERANGAN
011-04-020 Cagaran Bangunan
011-04-030 Cagaran Lesen
011-04-040 Cagaran Runcit/Lain-lain

BAGAIMANA MEMBUAT CARIAN?

1. Buka fail pdf di atas.

2. Pada ruangan 'find' di bahagian atas kanan anda, taipkan nama anda ATAU nombor resit  dan tekan kekunci enter. Jika nama anda ada di dalam senarai, nama atau nombor resit anda akan dihighlight secara automatik. Sila rujuk pada gambarajah di bawah.

3. Lakukan proses yang sama untuk pencarian yang lain. Jika anda mempunyai rekod dalam tahun yang berlainan, pencarian perlu dilakukan mengikut tahun bagi setiap fail pdf di atas.