Program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES)
Program Pemberian Air Percuma. Pendaftaran bagi Pangsapuri Kos Rendah yang menggunakan meter air pukal(kod 18) melalui sistem kupon.

MES image

MEKANISME PENDAFTARAN
Sila kunjungi unit Pesuruhjaya Bangunan(COB) di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Anda. Berikut disertakan borang-borang berkaitan untuk kemudahan anda(pdf format).

Borang Kupon 01 | Borang Kupon 02 | Format Inventori dan Tuntutan Kupon | Borang Pengesahan Penyewaan | Syarat-Syarat Tuntutan

Untuk muat turun borang, right-click dan pilih 'save link as' bagi pengguna Internet Explorer atau 'save target as' bagi pengguna Mozilla Firefox.

Nota :
1. Pemilik boleh membuat pendaftaran terus dengan pemaju/JMB/MC/Ejen Pengurusan dilantik COB/lain-lain.
2. Hanya pemaju/JMB/MC/Ejen Pengurusan dilantik COB/lain-lain/pemilik berdaftar dengan JMB dan mengemukakan dokumen lengkap kepada COB yang layak menyertai program ini.

 

Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) merupakan dasar Kerajaan Negeri Selangor yang melibatkan pelbagai program dan pengendali. Untuk maklumat lanjut berkenaan Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) serta program-program di bawah MES anda bolehlah melayari laman web di bawah.

1. Portal Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES)

2. Tabung Warisan Anak Selangor(TAWAS)

3. Skim Mesra Usia Emas(SMUE)

4. Hadiah Pengajian IPT(HPIPT)

5. Program Peningkatan Hasil Batuan dan Mineral