KATA-KATA ALUAN DARI UNIT OSC MBPJ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Unit OSC MBPJ. 

Unit OSC komited bagi menyediakan laman web yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya. Hasrat utama penyediaan laman web ini adalah untuk memberi informasi yang cepat dan mudah dicapai pada bila-bila masa, dari mana-mana jua selaras dengan trend dunia ICT yang tiada had sempadan.

Laman web ini menyediakan pelbagai maklumat berkaitan OSC antaranya borang-borang permohonan pelan pembangunan, hebahan dasar yang diluluskan oleh Majlis serta program yang dijalankan oleh Unit OSC MBPJ demi memudahkan pelanggan Majlis memperolehi maklumat dan keterangan. Laman web ini merupakan salah satu saluran untuk berkomunikasi dengan semua pihak berkepentingan dan orang awam, iaitu selain daripada Sistem OS Online, perkhidmatan kaunter dan telekomunikasi.

Adalah diharapkan laman web ini akan memudahcara urusan PSP/SP/orang awam untuk berurusan dengan Unit OSC MBPJ bagi meningkatkan sistem penyampaian Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Sekian, terima kasih.

OSC Peneraju Gerbang Pembangunan

Petaling Jaya Bandaraya Hijau Berkarbon Rendah

HAIRULLIZA ABDUL RAHMAN
Pengarah Unit OSC